Selamat Menyambut Syawal yang Mulia
Maaf Zahir dan Batin

Jumaat, 21 September 2012

TAJUK 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet




Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet


ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  • Penggertak
  • Penyalahgunaan internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian cetak Rompak

Penggertak:
· Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
Keseimbangan
keizinan temaklum
keadilan
Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain

Tajuk 2:MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU




  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
  • Apa itu ‘Enjin Pencari’?
  • Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
Tujuan (konteks pendidikan)
v Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
v Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
Jenis ‘enjin pencari’


Dimanakah enjin pencari dapat dilihat:

tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,

Contoh 1:




Contoh 2:










Cara Mengkategorikan Maklumat:


· Video

· Gambar

· Ruangan

· Lagu

· Multi

· Permainan

· Perniagaan



Bagaimana mendapat maklumat di internet



  1. Mengenalpasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)

TAJUK 1 : Apakah Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu



TAJUK 1 : Apakah Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan
www.youtube.comLihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
· Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
· Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
· Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
· Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan


PENGENALAN
Kewangan merupakan perkara penting bagi setiap individu, keluarga dan organisasi untuk menjalani  kehidupan sehari-hari. Begitu juga peranan kewangan di semua peringkat pendidikan termasuk di peringkat sekolah rendah.
Pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cermat, cekap dan berhemat. Ini bagi memastikan sumber kewangan yang diperoleh dibelanjakan mengikut tatacara yang betul dan mematuhi prosuder dan memenuhi matlamat sekolah dan Kementerian Pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menguruskan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan di bawah Belanja Mengurus bagi tahun 2012. Bantuan tersebut merangkumi peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta operasi sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid serta bantuan kepada murid miskin.
Bantuan ini memerlukan prosuder yang seragam dan sistematik untuk memastikan semua murid yang layak menerimanya. Sejauhmana pengurusan kewangan sekolah dapat dilaksanakan secara sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besarnya.











ISI KANDUNGAN


Perkara
Muka surat
Penghargaan
1
Prakata
2
Pengenalan
3
Isi Kandungan
4
Sumber Kewangan Sekolah
5 - 10
Perancangan Kewangan Sekolah
11
Pematuhan Prosuder
12-14
Pengurusan Peralatan/ Bahan dan Bengkel
14 - 15
Organisasi  Pengurusan Bengkel
16 - 20
Sistem Pengurusan Bengkel Yang Berkesan
21 - 23
Rumusan
24 - 25
Refleksi
26
Bilbiografi
27










1.    SUMBER KEWANGAN SEKOLAH
Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010 dan Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan peruntukan bantuan persekolahan kepada setiap sekolah adalah berdasarkan perkapita murid.
Berikut adalah antara jenis bantuan  tersebut :
1.1Bantuan Geran Per kapita (PCG)
1.2 Yuran Khas Sekolah (YKS)
1.3 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
1.4 Bantuan Kokurikulm Prasekolah (BKKP)
1.5 Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)
1.6 Bantuan Makanan Asrama (BMA)
1.7 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
1.8 Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

1.1 Bantuan Geran Perkapita
Bantuan kewangan yang diperuntukan kepada setiap orang murid. Murid tersebut mestilah warganegara Malaysia dan bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Peruntukan tersebut digunakan untuk membeli peralatan, inventori dan harta modal. Semua peralatan yang dibeli pula mestilah didaftarkan sebagai aset Kerajaan Malaysia.


Pada tahun 2012, SK Seri Sabak Uni telah menerima peruntukan  berjumlah RM32,990  dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi menlancarkan proses pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran.  
PCG yang layak dituntut terbahagi kepada 2 kumpulan:
a)    PCG mata pelajaran : - Wajib, Teras, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif
Bagi PCG matapelajaran teras, agihan peruntukanadalah seperti berikut:
1.    Sains, Matematik, Bahasa Inggeris                      : 60 %
2.    Lain-lain matapelajaran teras                                : 40 %
b)    PCG bukan Matapelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, lain- lain Perbelanjaan Berulang tahun / Khas (LPBT/ LPK) sekolah dan PBBT /LPK Asrama.

Butiran lanjut mengenai perbelanjaan tersebut adalah seperti berikut:
a)            Perbelanjaan Mata pelajaran Teras
i)             Perbelanjaan Terhad
-       Matematik
-       Sains
-       Bahasa Inggeris

                  ii)   Perbelanjaan Tidak Terhad
-       Bahasa Melayu
-       Kajian Tempatan
-       Pendidikan Agama Islam



Peruntukan sebanyak RM 32,990 kemudiannya diagihkan mengikut keutamaan. 60% dari peruntukan yang diterima iaitu sebanyak RM19,97 diperuntukan untuk membiayai aktiviti mata pelajaran teras dan selebihnya pula iaitu  sebanyak RM13,196 diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti mata pelajaran wajib .
1.2  Yuran Khas Sekolah (YKS)
Kementerian Pelajaran telah memansuhkan bayaran Yuran Khas Sekolah (YKS)  yang dikenakan kepada murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bermula pada tahun 2008.
Yuran ini dikutip untuk tujuan membiayai pelaksanaan aktiviti tertentu di sekolah. Berikutan pemansuhan yuran tersebut, pihak kementerian telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai akitiviti di bawah YKS. Antara aktiviti tersebut ialah :
a)    Pendidikan Jasmani
b)    Sukan dan Permainan
c)    Lukisan / Kerja tangan
d)    Pendidikan Seni
e)    Pusat Sumber Sekolah
f)     Perpustakaan

1.3  Bantuan Kokurikulum Sekolah(BKK)
Bantuan ini merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan untuk menampung membiayai perbelanjaan kokurikulum di sekolah. Kadar BKK di sekolah saya ialah RM10.00 bagi setiap orang murid untuk setiap tahun.
Perbelanjaan yang termasuk dalam peruntukan BKK ialah :
a)    Pasukan Unit Beruniform
b)    Kelab dan persatuan
c)    Aktiviti luar termasuk perkhemahan, seminar  dan kursus kepimpinan.

1.4  Bantuan Kokurukulum Prasekolah (BKPP)
Bantuan BKPP diberi pada kadar belanja yang tetap. Ia bertujuan memudahkan pengurusan perbelanjaan oleh pihak sekolah.
Antara jenis perbelanjaan yang dibenarkan ialah :
a)    Karnival Pendidikan Prasekolah
b)    Sukan/ sukaneka
c)    Konvokesyen/ Hari Anugerah
d)    Lawatan.

1.5  Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
BSS telah disalurkan untuk membiayai aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Setiap murid diperuntukan sebanyak RM2.00 . Jumlah tersebut diambil daripada peruntukan Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK). Selain itu, di bawah pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak kerajaan telah bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM2.00 seorang.
Pihak sekolah boleh menggunakan peruntukan BSS untuk tujuan berikut:
a)    Kejohanan Sukan Tahunan
b)    Merentas Desa
c)    Aktiviti prakejohanan seperti sukantara
d)    Program sukan lain.

1.6  Bantuan Makanan Prasekolah(BMP)
Setiap orang murid prasekolah Kementerian Pelajaran malaysia layak menerima sebanyak RM1.80 sehari. Peruntukan tersebut berjalan untuk tempoh 200 hari. BMP disalurkan untuk membiayai perbelanjaan penyediaan makanan.
Peruntukan BMP boleh digunakan untuk tujuan berikut:
a)    Membeli bahan mentah
b)    Gas / bahan api
c)    Makanan tambahan
d)    Keperluan lain bagi menyediakan makanan berkhasiat kepada murid

SUMBER KEWANGAN SK SERI SABAK UNI