PPG Pengajian Melayu
Selamat Menyambut Syawal yang Mulia
Maaf Zahir dan Batin
Maaf Zahir dan Batin
Sabtu, 22 September 2012
Jumaat, 21 September 2012
TAJUK 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Aplikasi Garis
Panduan & Etika Penggunaan Internet
ETIKA
KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah
satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi
individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat
MASALAH MORAL DAN
ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering
berlaku iaitu:
- Penggertak
- Penyalahgunaan internet
- Virus
- Hak cipta
- Perisian cetak Rompak
Penggertak:
· Cracker
ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem
yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker tidak menulis program untuk membangunkan
perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang
lain untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit
terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak
implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan
remaja.
Virus:
· Penyebaran
virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian
computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang
perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang
hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
- Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA
KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA
KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer
untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja
komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail
komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer
untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer
untuk menipu.
6. Tidak
menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber
dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak
mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial
program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan
timbang rasa dan hormat kepada manusia lain
Tajuk 2:MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN
BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
- Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
- Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
- Apa itu ‘Enjin Pencari’?
- Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
- ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
- Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
Tujuan dan Jenis Enjin
Pencari
› Tujuan (konteks
pendidikan)
v Mencari bahan pengajaran dan
pembelajaran yang interaktif.
v Memudahkan pengguna mencari maklumat
yang diperlukan.
› Jenis ‘enjin pencari’
Dimanakah enjin pencari dapat
dilihat:
tempat enjin pencari dapat dilihat ialah
seperti di bawah,
Contoh
1:
Contoh
2:
Cara Mengkategorikan
Maklumat:
· Video
· Gambar
· Ruangan
· Lagu
· Multi
· Permainan
· Perniagaan
Bagaimana mendapat maklumat
di internet
- Mengenalpasti tajuk.
- Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
- Memilih enjin pencarian yang tepat.
- Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
TAJUK 1 : Apakah Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
TAJUK 1 : Apakah Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Penggunaan
Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1
Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1
Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.comLihat contoh di bawah.
Taipkan
video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan
youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma
daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk
memuat turun bahan yang diperlukan
Kesemua
bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu
mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum
sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan
kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan
semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat
folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam
folder yang berkaitan.
1.2
Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
Untuk
mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak
diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
· Anda
akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” +
“masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
· Anda
boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian
anda.
· Setelah
anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang
berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu
pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa
Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang
telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran
Seminggu.
· Sila
gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda
perlukan.
1.3
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan
yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet
dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila
telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan
PENGENALAN
Kewangan
merupakan perkara penting bagi setiap individu, keluarga dan organisasi untuk
menjalani kehidupan sehari-hari. Begitu
juga peranan kewangan di semua peringkat pendidikan termasuk di peringkat
sekolah rendah.
Pengurusan
kewangan perlu ditadbir dengan cermat, cekap dan berhemat. Ini bagi memastikan
sumber kewangan yang diperoleh dibelanjakan mengikut tatacara yang betul dan
mematuhi prosuder dan memenuhi matlamat sekolah dan Kementerian Pelajaran.
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menguruskan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan di
bawah Belanja Mengurus bagi tahun 2012. Bantuan tersebut merangkumi peruntukan
kewangan bagi menampung aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta operasi
sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid serta bantuan kepada murid miskin.
Bantuan
ini memerlukan prosuder yang seragam dan sistematik untuk memastikan semua
murid yang layak menerimanya. Sejauhmana pengurusan kewangan sekolah dapat
dilaksanakan secara sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan
dan sikap Guru Besarnya.
ISI KANDUNGAN
Perkara
|
Muka surat
|
Penghargaan
|
1
|
Prakata
|
2
|
Pengenalan
|
3
|
Isi
Kandungan
|
4
|
Sumber
Kewangan Sekolah
|
5
- 10
|
Perancangan
Kewangan Sekolah
|
11
|
Pematuhan
Prosuder
|
12-14
|
Pengurusan
Peralatan/ Bahan dan Bengkel
|
14
- 15
|
Organisasi Pengurusan Bengkel
|
16
- 20
|
Sistem
Pengurusan Bengkel Yang Berkesan
|
21
- 23
|
Rumusan
|
24
- 25
|
Refleksi
|
26
|
Bilbiografi
|
27
|
|
|
1.
SUMBER
KEWANGAN SEKOLAH
Surat
Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010 dan Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan
peruntukan bantuan persekolahan kepada setiap sekolah adalah berdasarkan
perkapita murid.
Berikut
adalah antara jenis bantuan tersebut :
1.1Bantuan
Geran Per kapita (PCG)
1.2 Yuran
Khas Sekolah (YKS)
1.3
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
1.4
Bantuan Kokurikulm Prasekolah (BKKP)
1.5
Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)
1.6 Bantuan
Makanan Asrama (BMA)
1.7
Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
1.8 Bantuan
Sukan Sekolah (BSS)
1.1
Bantuan Geran Perkapita
Bantuan
kewangan yang diperuntukan kepada setiap orang murid. Murid tersebut mestilah
warganegara Malaysia dan bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.
Peruntukan
tersebut digunakan untuk membeli peralatan, inventori dan harta modal. Semua
peralatan yang dibeli pula mestilah didaftarkan sebagai aset Kerajaan Malaysia.
Pada
tahun 2012, SK Seri Sabak Uni telah menerima peruntukan berjumlah RM32,990 dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menjalankan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi menlancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran.
PCG
yang layak dituntut terbahagi kepada 2 kumpulan:
a) PCG
mata pelajaran : - Wajib, Teras, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif
Bagi PCG matapelajaran
teras, agihan peruntukanadalah seperti berikut:
1. Sains,
Matematik, Bahasa Inggeris : 60 %
2. Lain-lain
matapelajaran teras :
40 %
b) PCG
bukan Matapelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, lain-
lain Perbelanjaan Berulang tahun / Khas (LPBT/ LPK) sekolah dan PBBT /LPK
Asrama.
Butiran
lanjut mengenai perbelanjaan tersebut adalah seperti berikut:
a)
Perbelanjaan Mata pelajaran Teras
i)
Perbelanjaan Terhad
- Matematik
- Sains
- Bahasa
Inggeris
ii) Perbelanjaan Tidak Terhad
- Bahasa
Melayu
- Kajian
Tempatan
- Pendidikan
Agama Islam
Peruntukan
sebanyak RM 32,990 kemudiannya diagihkan mengikut keutamaan. 60% dari
peruntukan yang diterima iaitu sebanyak RM19,97 diperuntukan untuk membiayai
aktiviti mata pelajaran teras dan selebihnya pula iaitu sebanyak RM13,196 diperuntukkan untuk
menjalankan aktiviti mata pelajaran wajib .
1.2 Yuran
Khas Sekolah (YKS)
Kementerian
Pelajaran telah memansuhkan bayaran Yuran Khas Sekolah (YKS) yang dikenakan kepada murid di sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bermula pada tahun 2008.
Yuran
ini dikutip untuk tujuan membiayai pelaksanaan aktiviti tertentu di sekolah.
Berikutan pemansuhan yuran tersebut, pihak kementerian telah menyediakan peruntukan
khas bagi membiayai akitiviti di bawah YKS. Antara aktiviti tersebut ialah :
a) Pendidikan
Jasmani
b) Sukan
dan Permainan
c) Lukisan
/ Kerja tangan
d) Pendidikan
Seni
e) Pusat
Sumber Sekolah
f) Perpustakaan
1.3 Bantuan
Kokurikulum Sekolah(BKK)
Bantuan
ini merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan untuk
menampung membiayai perbelanjaan kokurikulum di sekolah. Kadar BKK di sekolah
saya ialah RM10.00 bagi setiap orang murid untuk setiap tahun.
Perbelanjaan
yang termasuk dalam peruntukan BKK ialah :
a) Pasukan
Unit Beruniform
b) Kelab
dan persatuan
c) Aktiviti
luar termasuk perkhemahan, seminar dan
kursus kepimpinan.
1.4 Bantuan
Kokurukulum Prasekolah (BKPP)
Bantuan
BKPP diberi pada kadar belanja yang tetap. Ia bertujuan memudahkan pengurusan
perbelanjaan oleh pihak sekolah.
Antara
jenis perbelanjaan yang dibenarkan ialah :
a) Karnival
Pendidikan Prasekolah
b) Sukan/
sukaneka
c) Konvokesyen/
Hari Anugerah
d) Lawatan.
1.5 Bantuan
Sukan Sekolah (BSS)
BSS
telah disalurkan untuk membiayai aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Setiap
murid diperuntukan sebanyak RM2.00 . Jumlah tersebut diambil daripada
peruntukan Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK). Selain itu, di bawah pelaksanaan
dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak kerajaan telah bersetuju menambah peruntukan
sebanyak RM2.00 seorang.
Pihak
sekolah boleh menggunakan peruntukan BSS untuk tujuan berikut:
a) Kejohanan
Sukan Tahunan
b) Merentas
Desa
c) Aktiviti
prakejohanan seperti sukantara
d) Program
sukan lain.
1.6 Bantuan
Makanan Prasekolah(BMP)
Setiap
orang murid prasekolah Kementerian Pelajaran malaysia layak menerima sebanyak
RM1.80 sehari. Peruntukan tersebut berjalan untuk tempoh 200 hari. BMP
disalurkan untuk membiayai perbelanjaan penyediaan makanan.
Peruntukan
BMP boleh digunakan untuk tujuan berikut:
a) Membeli
bahan mentah
b) Gas
/ bahan api
c) Makanan
tambahan
d) Keperluan
lain bagi menyediakan makanan berkhasiat kepada murid
SUMBER KEWANGAN SK SERI SABAK UNI
Langgan:
Catatan (Atom)