Selamat Menyambut Syawal yang Mulia
Maaf Zahir dan Batin

Jumaat, 21 September 2012



PENGENALAN
Kewangan merupakan perkara penting bagi setiap individu, keluarga dan organisasi untuk menjalani  kehidupan sehari-hari. Begitu juga peranan kewangan di semua peringkat pendidikan termasuk di peringkat sekolah rendah.
Pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cermat, cekap dan berhemat. Ini bagi memastikan sumber kewangan yang diperoleh dibelanjakan mengikut tatacara yang betul dan mematuhi prosuder dan memenuhi matlamat sekolah dan Kementerian Pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menguruskan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan di bawah Belanja Mengurus bagi tahun 2012. Bantuan tersebut merangkumi peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta operasi sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid serta bantuan kepada murid miskin.
Bantuan ini memerlukan prosuder yang seragam dan sistematik untuk memastikan semua murid yang layak menerimanya. Sejauhmana pengurusan kewangan sekolah dapat dilaksanakan secara sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besarnya.











ISI KANDUNGAN


Perkara
Muka surat
Penghargaan
1
Prakata
2
Pengenalan
3
Isi Kandungan
4
Sumber Kewangan Sekolah
5 - 10
Perancangan Kewangan Sekolah
11
Pematuhan Prosuder
12-14
Pengurusan Peralatan/ Bahan dan Bengkel
14 - 15
Organisasi  Pengurusan Bengkel
16 - 20
Sistem Pengurusan Bengkel Yang Berkesan
21 - 23
Rumusan
24 - 25
Refleksi
26
Bilbiografi
27










1.    SUMBER KEWANGAN SEKOLAH
Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010 dan Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan peruntukan bantuan persekolahan kepada setiap sekolah adalah berdasarkan perkapita murid.
Berikut adalah antara jenis bantuan  tersebut :
1.1Bantuan Geran Per kapita (PCG)
1.2 Yuran Khas Sekolah (YKS)
1.3 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
1.4 Bantuan Kokurikulm Prasekolah (BKKP)
1.5 Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)
1.6 Bantuan Makanan Asrama (BMA)
1.7 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
1.8 Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

1.1 Bantuan Geran Perkapita
Bantuan kewangan yang diperuntukan kepada setiap orang murid. Murid tersebut mestilah warganegara Malaysia dan bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Peruntukan tersebut digunakan untuk membeli peralatan, inventori dan harta modal. Semua peralatan yang dibeli pula mestilah didaftarkan sebagai aset Kerajaan Malaysia.


Pada tahun 2012, SK Seri Sabak Uni telah menerima peruntukan  berjumlah RM32,990  dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi menlancarkan proses pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran.  
PCG yang layak dituntut terbahagi kepada 2 kumpulan:
a)    PCG mata pelajaran : - Wajib, Teras, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif
Bagi PCG matapelajaran teras, agihan peruntukanadalah seperti berikut:
1.    Sains, Matematik, Bahasa Inggeris                      : 60 %
2.    Lain-lain matapelajaran teras                                : 40 %
b)    PCG bukan Matapelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, lain- lain Perbelanjaan Berulang tahun / Khas (LPBT/ LPK) sekolah dan PBBT /LPK Asrama.

Butiran lanjut mengenai perbelanjaan tersebut adalah seperti berikut:
a)            Perbelanjaan Mata pelajaran Teras
i)             Perbelanjaan Terhad
-       Matematik
-       Sains
-       Bahasa Inggeris

                  ii)   Perbelanjaan Tidak Terhad
-       Bahasa Melayu
-       Kajian Tempatan
-       Pendidikan Agama Islam



Peruntukan sebanyak RM 32,990 kemudiannya diagihkan mengikut keutamaan. 60% dari peruntukan yang diterima iaitu sebanyak RM19,97 diperuntukan untuk membiayai aktiviti mata pelajaran teras dan selebihnya pula iaitu  sebanyak RM13,196 diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti mata pelajaran wajib .
1.2  Yuran Khas Sekolah (YKS)
Kementerian Pelajaran telah memansuhkan bayaran Yuran Khas Sekolah (YKS)  yang dikenakan kepada murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bermula pada tahun 2008.
Yuran ini dikutip untuk tujuan membiayai pelaksanaan aktiviti tertentu di sekolah. Berikutan pemansuhan yuran tersebut, pihak kementerian telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai akitiviti di bawah YKS. Antara aktiviti tersebut ialah :
a)    Pendidikan Jasmani
b)    Sukan dan Permainan
c)    Lukisan / Kerja tangan
d)    Pendidikan Seni
e)    Pusat Sumber Sekolah
f)     Perpustakaan

1.3  Bantuan Kokurikulum Sekolah(BKK)
Bantuan ini merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan untuk menampung membiayai perbelanjaan kokurikulum di sekolah. Kadar BKK di sekolah saya ialah RM10.00 bagi setiap orang murid untuk setiap tahun.
Perbelanjaan yang termasuk dalam peruntukan BKK ialah :
a)    Pasukan Unit Beruniform
b)    Kelab dan persatuan
c)    Aktiviti luar termasuk perkhemahan, seminar  dan kursus kepimpinan.

1.4  Bantuan Kokurukulum Prasekolah (BKPP)
Bantuan BKPP diberi pada kadar belanja yang tetap. Ia bertujuan memudahkan pengurusan perbelanjaan oleh pihak sekolah.
Antara jenis perbelanjaan yang dibenarkan ialah :
a)    Karnival Pendidikan Prasekolah
b)    Sukan/ sukaneka
c)    Konvokesyen/ Hari Anugerah
d)    Lawatan.

1.5  Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
BSS telah disalurkan untuk membiayai aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Setiap murid diperuntukan sebanyak RM2.00 . Jumlah tersebut diambil daripada peruntukan Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK). Selain itu, di bawah pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak kerajaan telah bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM2.00 seorang.
Pihak sekolah boleh menggunakan peruntukan BSS untuk tujuan berikut:
a)    Kejohanan Sukan Tahunan
b)    Merentas Desa
c)    Aktiviti prakejohanan seperti sukantara
d)    Program sukan lain.

1.6  Bantuan Makanan Prasekolah(BMP)
Setiap orang murid prasekolah Kementerian Pelajaran malaysia layak menerima sebanyak RM1.80 sehari. Peruntukan tersebut berjalan untuk tempoh 200 hari. BMP disalurkan untuk membiayai perbelanjaan penyediaan makanan.
Peruntukan BMP boleh digunakan untuk tujuan berikut:
a)    Membeli bahan mentah
b)    Gas / bahan api
c)    Makanan tambahan
d)    Keperluan lain bagi menyediakan makanan berkhasiat kepada murid

SUMBER KEWANGAN SK SERI SABAK UNI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan