|
Selamat Menyambut Syawal yang Mulia
Maaf Zahir dan Batin
Maaf Zahir dan Batin
Jumaat, 31 Ogos 2012
Sabtu, 11 Ogos 2012
Kajian Etnik Jawa di Malaysia
PENDAHULUAN
Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik. Terdapat tiga kaum
terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum
tersebut terdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai
pelbagai budaya, bahasa, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri.
Dalam tugasan
ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan Jawa
Ponorogo. Tugasan ini membicarakan etnik
Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat, bahasa, kepercayaan, adat resam
dan jantina.
Semua
penduduk yang tinggal di kampung saya iaitu Parit Sikon Darat, Parit Raja ,
Batu Pahat berketurunan Jawa. Sebahagian besar mereka merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya
Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada
juga yang bekerja di kilang industri.
Sehingga
kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Selain mempunyai masakan Jawa yang menjadi
kebanggaan seperti “sambel godok” dan “pecel leley”, kami juga mengamalkan adat
resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan kami unik dan
istimewa.
Kerukunan
hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan
ceria. Berkat kerjasama dan hidup bermuafakat, kampung kami pernah dicalonkan
sebagai penerima anugerah Kampung Terindah Desa Wawasan peringkat negeri.
Kami bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa
berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman.
“Tak
Kan Jawa Hilang Di Dunia”
Pengenalan Bangsa Jawa
Orang
Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta
tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada
kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.
Pada masa ini, penempatan
orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat
Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa,
Muar.
Orang Jawa
berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di
ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan
mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi
oleh faktor ekonomi, politik dan sosial.
Menurut Wikipedia
, kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa
buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur
seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan.
Sejarah
mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang
ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah
Singapura dan Palembang.
Etnik Jawa era
60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi,
Masjoyo, Mulio, Karto, dan Toliban untuk
kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum
perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan
Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring
dengan peredaran zaman.
STRUKTUR MASYARAKAT JAWA
Menurut Clifford
Geertz (The Religion of Jawa;1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada
tiga kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi.
Namun, dalam
masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititikberatkan. Ini kerana kebanyakan
masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan
dengan masyarakat lain. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa. Ketua masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai. Lurah merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa . Ia mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan,pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama..Jawatan Lurah kebiasaannya akan disandang selagi diterima oleh penduduk kampung. Jawatan Lurah akan dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk memudahkan urusan pentadbiran. Selain menjaga keselamatan kampung, Lurah menjadi ketua ketika aktiviti gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Selain Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Seorang Kiai perlu lengkap dengan ilmu agama dalam memberi petunjuk kepada masyarakat.
Dalam hal
kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah
sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup
penting dalam adat kematian.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA
Kaum Jawa di
Malaysia menganut agama Islam. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang
diwarisi sejak turun – temurun. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga
hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman.
Masyarakat Jawa
bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam
rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk
menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. mereka amat mementingkan aspek persaudaraan
selari dengan ajaran agama Islam.Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara
kepada masyarakat Islam yang lain..
Terdapat
segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Ia berkaitan
kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Mereka mempercayai
sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap
tempat itu keramat.
Terdapat juga
sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di
tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat
seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat
penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan
bertih supaya semangat tersebut pulih
seperti sedia kala.
Selain itu,
masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti
busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu
memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak
senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut
mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek
yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor.
Di samping itu,
bagi orang Jawa Kejawen pula, mereka
mempercayai pelbagai jenis roh
yang tidak kelihatan yang dapat
menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Untuk melindungi
semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan,
daun-daun bunga serta kemenyan.
Orang Jawa
Kejawen juga suka melakukan kegiatan keagamaan.contohnya seperti puasa. Mereka berpuasa pada hari-hari tertentu misalnya
Isnin dan Khamis atau pada hari lahir. Semuanya itu berasal daripada ajaran tarikat
ynag mereka anuti.
Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan
animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini
dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama.
Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa hari Jumaat adalah hari yang terbaik atau penghulu segala hari. Jumaat
keliwon merupakan hari yang terbaik
untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. Menurut masyarakat Jawa, antara
keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun, air hujan
tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat
air penerang hati. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang
mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali..
Selain
itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang
meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnya terpaksa dijaga siang dan
malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang
tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dan sebagainya untuk
dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti
merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat.
ADAT RESAM MASYARAKAT
JAWA
Adat secara
umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari
atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan
akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang
diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah
budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung.
Adat bersifat
maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan
cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
pelaksanaannya, misalnya adat bersanding, adat meminang dan sebagainya, ia
sudah menjadi suatu budaya. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk
perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat.
Budaya bersifat
tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . Justeru
wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Adat pula ialah suatu ketetapan
yang tidak boleh berubah. Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat
ialah budaya yang asal.Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang
dijunjung oleh kelompok masyarakat.
Adat resam
merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam
sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi.
Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi.
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang
bangsa, mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Adat ini merangkumi
semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran, kehidupan sehinggalah
kematian.
Masyarakat Jawa
mengamalkan adat resam yang cukup unik. Bermula dari dalam kandungan , mereka
mengamalkan adat yang tersendiri. Untuk memahami
secara lebih mendalam adat resam masyarakat Jawa, adalah lebih mudah sekiranya
kita membicarakannya satu persatu. Antara adat resam yang masih diamalkan ialah:
Lenggang perut
Jagongan
Bengkongan
Puputan / Cukur jambul
Among – among/ Pijak tanah
Sunatan/ Berkhatan
Merisik
Mantu / Perkahwinan
Baraan/ Ziarah raya
Rewang/ Gotong- royong
Nasi
ambeng/ ambang
Lenggang Perut
Adat lenggang
perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus
untuk seseorang wanita yang hamil buat kali
pertama. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan .
Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi
yang bakal dilahirkan.
Masyarakat Jawa
percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan
diraikan. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga
malah kepada adik – adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Upacara ini
dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Bakal
ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara.
Bakal ibu yang
sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan
doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir
telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan
pecah. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang
halangan. Ada juga sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami
membelah buah kelapa muda. Sekiranya belahan buah kelapa betul – betul di
tengah , mereka akan mendapat anak lelaki. Sebaliknya sekiranya belahan buah
kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan.
Para tetamu
upacara lenggang perut biasanya
dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika penyediaan dijalankan, peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang
berisi nasi ambeng secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik
melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang.
Menanam Uri
Selepas seseorang
bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran
asam beserta sedikit garam.
Kemudian, uri akan ditanam di
bawah rumah atau persekitaran rumah.
Si ayah, akan
ditugaskan menanam uri. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil
, dan jarum. Mereka berharap agar anak
yang akan membesar nanti menjadi seorang
yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil,
paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang
yang pandai dan gagah.
Pada waktu malam,
tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Selain mengelak daripada dikorek
oleh binatang , mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa
jahat. Sedikit tanah dari tempat uri ditanam
akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. Bungkusan tersebut
kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. Masyarakat Jawa
beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama
kawan atau “bathor”.
Jagongan
Jagong dalam
bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah
sambil duduk – duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”.
Pada hari pertama
hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara – mara akan datang
menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada
siang hari manakala bagi kaum lelaki,
mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan
dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang.
Tujuan mereka
berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Pada pandangan masyarakat
Jawa, si ibu yang baru melahirkan lemah
semangatnya manakala si bayi mudah
disampuk oleh sesuatu kuasa jahat.
Bengkungan
Bengkung ialah
sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. Bengkung diperbuat
daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Untuk memudahkan cara
pemakaiannya, kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang.
Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga
paha agar rahim mudah sembuh, perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh.
Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah
namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah
tradisional demi mengekalkan adat dan budaya.
Puputan / Potong Jambul
Upacara potong
jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu
habis tempoh berpantang. Jiran tetangga
dan saudara – mara dijemput untuk majlis doa selamat. Ketika ini mereka akan
membaca berzanji beramai-ramai. Selesai
bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri
daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong
sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh
keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Rambut
tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah.
Pada ketika ini ,
tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para
tetamu. Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Ada
juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik
sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati
anak tersebut dimurahkan rezeki dan
mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit)
Among- Among
Among – among
diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih
bercakap. Ketika menyambut setahun kelahiran, biasanya si anak akan dimasakkan
seekor ayam ingkong. Ayam yang hendak disembelih mestilah ayam jantan yang
tidak terlalu tua iaitu “ayam lancor”. Si anak anak diberi bahagian paha dan
pada ketika ini mereka akan menjalani upacara pijak tanah.
Para tetamu yang terdiri daripada jiran
tetangga dan saudara –mara akan dihidangkan dengan nasi keluban yang
dihidangkan di dalam dulang. Keluban
ialah sejenis lauk yang terdiri daripada
campuran sayuran seperti daun pucuk ubi, tauge atau capar, kacang
panjang dan kerabu kelapa.
Si anak yang
diraikan pula akan dihidangkan dengan bubur abang. Bubur abang diperbuat
daripada beras atau pulut yang dimasak sehingga
lembut dan diwarnakan dengan warna merah. Bubur abang merupakan tradisi
wajib masyarakat Jawa kerana ia melambangkan kesyukuran. Adat ini masih
dipraktikan oleh sebahagian penduduk lama di kampung saya.
Sunatan / Berkhatan
Pada masa kini ,
ramai masyarakat Jawa yang menghantar anak
mereka ke klinik untuk bersunat kerana ianya lebih selamat berbanding
cara tradisional. Namun terdapat juga sebilangan kecil yang memilih untuk menjalani upacara sunatan secara tradisional
iaitu dengan menggunakan khidmat Tok Mudim.
Sebelum upacara
sunat dijalankan, kanak-kanak lelaki diminta berendam di dalam kolam atau
parit. Kanak- kanak tersebut diminta duduk di atas batang pisang ketika Tok
Mudim menjalankan tugas. Sambil menghidu buah limau purut, beberapa orang ahli keluarga termasuk si ayah akan menemani
sambil memberikan semangat.
Kanak-kanak yang
baru bersunat terpaksa menjalani tempoh pantang yang agak panjang . Kadangkala
mereka hanya diberi makan nasi berlaukkan bilis masak kicap sahaja sehingga
mereka benar – benar sembuh.
Masyarakat
Jawa akan menjemput jiran tetangga, sanak – saaudara dan rakan taulan untuk
menghadiri majlis meraikan anak mereka. Biasanya majlis keraian diadakan
serentak dengan majlis Khatam Al Quran.
Baraan/ Ziarah Beramai - ramai
Masyarakat Jawa
masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan
kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai
“baraan” masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf- maafan.
Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Antara menu
popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam,
serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan
gado – gado .
Nasi Ambeng
Masyarakat Jawa
menyediakan nasi ambeng untuk tetamu yang datang dalam majlis kenduri doa
selamat . Nasi berserta lauk diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan
dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Nasi yang tidak habis dimakan akan
dibungkus. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini
dikenali sebagai “nasi berkat”. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam
masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong, mi goreng, serunding kelapa dan
sambal goreng tempe.
KEBUDAYAAN MASYARAKAT JAWA
Etnik Jawa
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan
mereka ialah kuda kepang, wayang kulit, barongan, reoq dan ludrok. Kebanyakan
kebudayaan ini berasal Indonesia dan terdapat
juga pengaruh Hindu.
Kuda kepang
berasal dari Indonesia. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika
menyebarkan agama Islam. Mereka bermain
kuda kepang untuk menarik minat
orang ramai mendekati Islam. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang
ketika majlis keramaian. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan
Parit Raja, Seri Medan dan Senggarang.
Barongan juga merupakan
seni masyarakat Jawa . Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh
bertutur dengan haiwan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah
Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan , Parit Raja. Ia
dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga.
Wayang kulit Jawa
merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Kini hanya tinggal
beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini.
Reoq merupakan kesenian
pecahan daripada Persembahan Barongan. Antara kumpulan yang masih aktif
menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi, Parit Nipah, Parit Raja.
PERSPEKTIF JANTINA
Dalam masyarakat
Jawa, sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza.
Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak
perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun.
Anak lelaki tidak
digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada
bersikap agresif. Anak lelaki akan
diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak
perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan
sebagainya.
Dalam masyarakat
Jawa, kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat.
Jawatan ketua masyarakat seperti
pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki. Mengikut
kepercayaan ,orang lelaki bersikap lebih
matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan. Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan
menyebabkan mereka menjadi emosional
dalam membuat sesuatu keputusan.
Sifat kaum lelaki
yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik
sebagai ketua keluarga. Kekuatan sifat
fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar, gagah, maskulin keras dan perkasa
menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki.
Mereka menyara keluarga dan menjaga
segala kebajikan dan keselamatan keluarganya.
Lelaki kaum Jawa
kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Mereka tidak
akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya. Hanya
melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak
– anak.
Perempuan kaum
Jawa pula bersikap penuh lemah – lembut dan kasih – sayang terhadap suami dan
anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu
berbanding ayah. Seorang isteri amat
taat akan suami. Mereka bukan sahaja
taat malahan memuliakan suami.
Isteri merupakan
tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga. Sikap mereka yang lemah –
lembut dan penuh sopan – santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga
termasuk mencuci, memasak serta mengemas rumah.
Wanita Jawa
dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa
sahaja demi memelihara kebajikan dan
maruah keluarga mereka. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan
sabar. Setelah suami pulang, mereka akan dilayan dengan penuh kasih-sayang.
Pepatah Jawa ada
menyatakan bahawa “Syurga terletak di bawah kaki suami”. Tiada gunanya walau
setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak
patuh atau mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak- anak. Apatah lagi
kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
Perbezaan dan
kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti
Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik. Setiap etnik
membawa sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.
Kepelbagaian
sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini telah memberikan kesan
secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan. Kepercayaan dan pegangan hidup ini juga turut
dibawa oleh murid ke dalam kelas dan ianya banyak mempengaruhi iklim dan budaya
dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru
haruslah sedar bahawa muridnya adalah berbeza, Kesedaran tentang kepelbagaian
budaya ini amat penting bagi agar guru dapat
memberikan pendidikan yang seimbang. Ia juga akan dapat menghakis sikap
prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya murid..
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU
Guru yang dedikasi
akan mengajar dengan penuh bijaksana dan bersikap profesional dalam membimbing
murid untuk mencapai potensi diri dari segi akedemik dan sosial.. Pemahaman
tentang sosiobudaya murid adalah perlu kerana ianya dapat membantu guru menyediakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid.
Guru perlu
prihatin dengan latar belakang murid, taraf sosioekonomi, tempat tinggal,
budaya, adat resam, kepercayaan dan agama yang dianuti. Dengan itu, guru
seharusnya memberikan layanan yang adil kepada setiap muridnya. Pengetahuan
tentang sosiobudaya setiap individu dapat membantu guru mengajar tanpa
mengelompokkan murid mengikut kaum atau kumpulan tertentu. Guru perlu melayan
keperluan dengan mengambil kira faktor persekitaran tempat tinggal murid,
status ekonomi keluarga dan gaya pembelajarannya.
Pembelajaran
koperatif adalah satu strategi yang sesuai digunakan dalam kumpulan murid heterogenous,
ini kerana murid akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Ini dapat
membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai
sosiobudaya.
Menguruskan murid
yang berbagai ragam memerlukan kebijaksanaan guru mewujudkan peraturan dan
rutin bilik darjah yang kondusif. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan
untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Susun atur murid di dalam kelas perlu
bersesuaian agar murid dari pelbagai
golongan dapat berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya. Melalui
cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru haruslah
menghormati muridnya serta bersikap adil dan tidak berat sebelah terhadap satu
etnik sahaja.. Mengajar tanpa membezakan bangsa murid akan dapat membantu guru
memahami tingkah laku dan luahan perasaan muridnya.
Perbezaan sosiobudaya murid yang wujud perlu ditangani
supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru. Keadaan ini
menjamin semua murid berpeluang
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.
Kebijaksaan guru mengendalikan murid berbeza budaya akan mewujudkan pergaulan
positif dan tidak berkelompok dalam sesuatu komuniti kecil bilik darjahnya.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID
Setiap individu membesar
dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya
merupakan pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Ini
kerana budaya mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan mempengaruhi pandangan
serta perasaan seseorang. Kerap kali terdapat perbezaan antara murid, faktor
ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik
darjah, adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid .
Penggunaan bahasa
yang standard harus diamalkan oleh murid. Elakkan penggunaan dialek mengikut
kaum, murid harus diingatkan agar
sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Murid harus
diingatkan agar menghormati rakan lain yang tidak faham penggunaan bahasa
mereka. Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa harus bersosial dalam kelompok
yang berbeza terutamanya ketika melakukan aktiviti. Mereka harus berinteraksi
tanpa mengira kelas sosial dan latar budaya masing-masing. Sikap prejudis
terhadap bangsa lain harus dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang oleh
guru dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kepercayaan yang
diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka. Aktiviti
yang dijalankan juga haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke
dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara etnik dibuat tanpa mengira anutan
agama dan hendaklah dikembangkan agar proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat.
Kemahiran
komunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang.
Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya,
maka suasana pembelajaran yang lebih dinamik dapat dihasilkan. Dengan cara ini,
pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan
lebih mudah dan berkesan.
Murid mudah
terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang
professional. Oleh itu guru mesti membentuk program yang bertujuan membangunkan
murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas. Ini bertujuan untuk mengurangkan
sgala tingkahlaku negatif.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA
SEKOLAH
Kepelbagaian
sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha
untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya ini melalui aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah
satu usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Sekolah wawasan
ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah
ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini
disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Penekanan semangat
perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah
rendah menjadi lebih mudah. Pihak sekolah perlulah menggunakan bahasa rasmi dan
bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi.
Pengurus yang
baik akan dapat mewujudkan iklim sekolah mesra. Kerencaman sosiobudaya boleh
dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Saling kerjasama antara sekolah
dan komuniti, khususnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan
dapat memanfaatkan sekolah.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA
KURIKULUM TERSIRAT
Kurikulum dirujuk sebagai perancangan bertulis yang
sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi pengajaran dan penilaian
untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu.
Masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai sosiobudaya memberikan implikasi kepada kurikulum
sekolah. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang
bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak sekolah
berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan
aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti kokurikulum. Kurikulum tersirat
boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti
dalam unit kokurikulum. .
Aktiviti yang
dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Secara
langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid.
Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan
melalui pembentukan kurikulum tersirat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak
menekankan hanya kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Mana-mana unsur
kepercayaan lain yang tidak bercangah dengan hukum agama Islam boleh diterapkan
kepada murid.
Perlaksanaan
aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.
Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan
seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda
dan dialek kaum lain. Kurikulum tersirat juga memberikan pertimbangan terhadap
aspek perbezaan antara jantin untuk memberi kesedaran terhadap batasan pergaulan dalam berlainan jantina.
CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN YANG MESRA BUDAYA
Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran yang dijalankan perlulah berkesan dan dapat menarik perhatian
khususnya kelas yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum
dan agama contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra
budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif
Terdapat pelbagai
kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya
terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa. Guru perlu merangka kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua bangsa. Antara
kaedah yang dapat membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra
budaya ialah:
1. Pembelajaran secara kooperatif
Melalui kaedah
ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Murid tanpa mengira latar belakang, bangsa
dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses
pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan
antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.
2. Menyusun
kumpulan murid- murid yang berbilang kaum
Murid sewajarnya
dikumpulkan dalam kumpulan pelbagai kaum. mereka d digabungkan dalam satu
kumpulan tempat duduk atau ketika beraktiviti.
Dengan ini, mereka boleh
berkomunikasi dan berinteraksi. Ia boleh
mewujudkan suasana mesra. Mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan. Ini dapat mengelakkan salah faham antara murid dan menambahkan
lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan berbangsa
Melayu. Dengan ini, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi
budaya 1 Malaysia
3.
Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya
Peraturan yang
dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan
akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid
mesti memberi salam atau ucap selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas.
Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid. Mereka akan
melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian.
4.
Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya
Guru boleh
mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan
suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan
isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang
dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid-
murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga
bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan.
5.
Menggunakan kaedah belajar sambil bermain
Main merupakan
satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia
juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Dalam budaya pelbagai kaum
seperti kaum Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kadazan dan sebagainya pasti ada
permainan tradisi. Dengan menggunakan permainan tradisi dalam P&P, guru
bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi boleh menyerapkan
ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum .
6. Mewujudkan ruang fizikal yang positif
Ruang fizikal
boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan
sebagainya. Dengan wujudnya ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya
positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca.
7.
Merancang dan menyediakan modul dan bahan pengajaran yang sesuai
Guru perlu
menyediakan alat bantu mengajar (ABM)
yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan. ABM perlu mengikut kesesuaian semua bangsa
dan mereka semua boleh menerima ABM tersebut sebagai alat untuk tujuan
pembelajaran.Hak kesama rataaan perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum
dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
8. Kaedah
persembahan oleh pelajar
Pelajar
digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka yang terdiri dari
pelbagai bangsa . Mereka diarahkan untuk membuat persembahan tentang tajuk yang
telah diberi oleh guru seperti mengajar tentang pakaian tardisional.
9. Kaedah projek
Kaedah pengajaran
ini amat berkesan kepada perkembangan
nilai murni, perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa. Justeru
itu ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra
budaya.
REFLEKSI
Apabila menerima
tugasan yang diberi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan mengkaji
etnik Jawa kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya i rungkai tentang
etnik yang amat unik dan istimewa
ini.Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana selain daripada saya sendiri ,
semua penduduk kampung saya berketurunan Jawa.
Menyelami budaya
etnik Jawa membuatkan saya agak terkilan kerana banyak perkara yang telah kami
ditinggalkan. Kebanyakan adat, budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Jawa
hanya tinggal nama sahaja. Sebagai contoh, adat lenggang perut dan cukur
jambul. Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. .Adat-adat
lama dalam majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh agama Hindu. Oleh hal
yang demikian , ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan
agama Islam seperti majlis doa selamat sahaja.
Etnik Jawa banyak
mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Generasi muda seperti saya
sukar untuk diterima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala
kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Dari segi bahasa ,walaupun
saya fasih bercakap dalam bahasa Jawa
namun anak- anak saya tidak menguasainya.
Hasil daripada
tugasan ini, kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan
kepercayaan masyarakat Jawa yang telah ditinggalkan kerana selain daripada
mengalami proses asimilasi, ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian
dengan agama Islam.
Kepelbagaian
etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid - murid.
Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. Namun
sebagai seorang guru, kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan “
1 Malaysia”
BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur
Mok Soon Sang (2002)..Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Edisi Ketiga Terbitan Ke-4 Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang
Jaya.
Clifford Geertz, 1981, Abangan,
Santri, Priyayi dalam Masyarakat Jawa, Pustaka Jaya, Jakarta.
http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/http://id.wikipedia.org/wiki/Jawa
http://www.cari.com.my
http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa
http://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayub
Nota EDU 3106
Masyarakat di
Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum
seperti kaum melayu, cina, india, orang asli, kadazan, bajau, murut dan
sebagainya. Masyarakat india merupakan kaum yang ketiga terbesar .mereka hidup
dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri yang diwarisi yang dari
turun-temurun. Mereka dikenali sebagai kling di kalangan masyarakat tempatan.
Setelah menetap di Negara ini sekian lama, mereka membentuk komuniti yang
tersendiri di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di negeri Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain.
Dengan itu, secara tidak langsung wujudlah sosioekonomi dan politik yang
tersendiri dikalangan mereka. Dalam pada itu, mereka bebas mengamalka adat istiadat
mereka yang terangkum dalam hal ehwal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Disamping itu mereka juga mempunyai perayaan-perayaan yang khusus sebagaimana
juga yang terdapat di kalangan masyarakat yang lain. Ketika ini jumlah mereka
dianggarkan lebih 2.5 juta orang.
Sesebuah negara
yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari
daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan
amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah
negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk
menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing.
Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah
masalah polarisasi.
Walaupun negara kita telah mencapai
kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan
kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk
dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan
Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik,
badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan
kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan
kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima
kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.
Posted by Azemir Chicarato at 14:39 0 comments
Monday,
5 March 2012
PENGENALAN
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu.
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu.
NILAI DAN KEPERCAYAAN
Ø Upacara
- 1 Kelahiran
·
Sewaktu mengandung
Terdapat beberapa adat yang
dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung,
antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai
tanda kelahiran dan melenggang perut.
·
Berpantang
Untuk
mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa
pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta
kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang
tersebut termasuklah
-
Wanita hamil tidak boleh berjalan
malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak
boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran
kelak.
-
Wanita hamil tidak boleh meminum
atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni
akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.
-
Wanita hamil juga tidak boleh
mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan
menjadi lemah dan terkena penyakit
ketimbaluan.
· Menempah bidan
Dalam
masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh
bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan
diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu
dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran
bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut.
· Tanda Kelahiran
Apabila sudah genap tujuh bulan
mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang
baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah
pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di
atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang kala diletakkan seutas
rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan
diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang
yang hamil itu sehingga bayinya lahir.
Sebaik
sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu
sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak
untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas
tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara
padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan
tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran I ni diadakan untuk menyambut anak
pertama walaupun masih boleh diadakan anak–anak berikut.
· Melenggang perut
Selain
dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu
melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan
masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak
pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat
ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang
dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.
· Semasa Bersalin
Apabila
sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu
disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam
seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan
makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat
lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong
tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
· Potong tali pusat
Sewaktu
hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan
pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu
tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan
memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang.
Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri
daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan
tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi
kepada bidan.
· Qamat / Azan
Bagi
masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah
disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya
beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah
suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat
pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak
lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan
diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu
barulah bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan.
· Menanam Tembuni
Pada
hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama
kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu
untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh
bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk
sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu,
tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Elepas kelahiran si ibu
akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi
bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik
kelahirannya sehinggalah dia membesar.
· Rawatan Bidan
Selepas
k elahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga
keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan
si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa
selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44.
Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya
kepada suami dan keluarga wanita tersebut.
· Berpantang
Terdapat
beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru
lepas bersalin. Antaranya ialah :
Si
ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk,
si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan
perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama
tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat
yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu
untuk memulihkan kesihatan selepasa bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang
bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk
kesihatan mata bayinya.
Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
· Naik Buai
Oleh
sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa
akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh
bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima
biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga
upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat
Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama
kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai
upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara
berzanji diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat
tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan
didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara
bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri
oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan
memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang
kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.
· Menimbang bayi bulan safar
Umumnya,
orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang
dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar
dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari
menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid
untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat
bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan
agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang
digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah :
Sebatang
penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan
dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri daripada
benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk
nasi dan tujuh biji kelapa muda.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.
· Berkhatan
Sebagai
orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah
cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun
sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas
berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis
berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi
kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan
di masjid atau di rumah kanak- kanak tersebut.
- 2 Kematian
Antara
masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak
perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti
peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat
tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia
akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan
betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung
jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan
keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.
· Selepas Kematian
Apabila
seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan
kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan
sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka
mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka.
Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama
Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
·
Adat mengawal kubur
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini
telah banyak memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya
dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun.
Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal
kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat
Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh
tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya percaya, akan musnah
semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin
menggelembung akan bocor. Sememangnya dalam kajian saintifik juga, mayat
manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari.
Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis
lembaga yang berasal daripada manusia. Menurut cerita orang tua-tua
Bajau, “Balan-balan” terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan
ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan
boleh hidup lama. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah
mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh
malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu syaitan ini akan
terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan
terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut.
‘Balan-balan’ kelihatan sama seperti hantu ‘penanggalan’
atau ‘Tenggelong’ yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Namun
bezanya, tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat
untuk mendapatkan makanan. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka
menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan
gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah
manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan
menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu,
terutama hati.
Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan
bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Dikatakan, cara
untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada matanya. Mata
balan-balan dikatakan sentiasa merah. Untuk memastikan lagi, potonglah
limau nipis sambil memperhatikan matanya. Jika dia mengamalkan ilmu
balan-balan, matanya akan berair. Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka
pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh mengakibatkan isi perutnya
yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak
akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti
buluh.
Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat
yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang
ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada
saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh
hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si
mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para
penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa
takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur
adalah ‘pasang’ ,congkak, daun terup dan sebagainya.
Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah
menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa.
Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini
meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur. Mereka
bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan
sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat
lain. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat
Melayu yang rencam.
- 3 Perkahwinan
· Merisik
Adatnya tidak banyak bezanya
daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara
merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya
hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan
melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa
gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan keinginan pihak lelaki
tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti
dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan.
· Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam
satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa
sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai
pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun
untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang
ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semuabarang yang dijanjikan dalam
majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang
tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan
jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi
keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi
keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang
lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam
majlis perkahwinan
nanti.
· Majlis Perkahwinan
Pengantin Bajau
Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga
yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga
sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada
sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri
daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua
belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai
oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua
orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung
hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal
sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari
termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila
diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli
oleh penari lelalki dan perempuan.
Sehari
sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan
oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan
ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada
hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna
kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan
dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian
serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung
dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika
menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama
tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang
berwarna-warni.
Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat
dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah
pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya
dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan.
Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi
gong pun diberhentikan.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.
- 4 Perayaan
· Perayaan
Regatta Lepa
Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan
kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja
sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh
tersendiri kepada kehidupan.
Hakikatnya,
laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut
tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi
atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian
besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu
api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.
Biasanya sebuah
lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang.
Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan
saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam
bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa
diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa
berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai
jenis ukiran dan warna.
Lepa merupakan
peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau
Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa
muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo,
Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para
pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun
ke-15.
Oleh itu, lepa
dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat
dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya
tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun
tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan
warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari
ini.
Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan
telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman
berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta
Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini.
Perayaan
Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah.
Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan
boleh dianggap sebagai ‘hari raya’ mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta
Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya
diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun
2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air
Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.
Setiap tahun
pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa
tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda
laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan
ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut
dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan
membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional
masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi
kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai
Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan
perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa
sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang
paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang
merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.
Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba
perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan
kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada
perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti
aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.
Di sebalik
perayaan dan kisah sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej
kepada masyarakat supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa
yang kuat serta gah belayar di lautan. Hakikatnya, usaha memartabatkan dan
memelihara warisan budaya bangsa perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras
dengan perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak
ditelan zaman.
ASPEK
OBJEK
Ø Pakaian
Bagi
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan
blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan
perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang,
seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan
pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias
renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan
tali pinggang.
Ø Makanan
Tradisional
Antaranya
ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama
sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima
bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah
permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini
boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan
dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera
seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional
putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah
airnya lalu dimasak secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau
Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah
diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga
warna kekuning-kuningan.
Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam
beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil
dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan
tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah
dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta
rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh
dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari
dan biasanya ia dimasak bersama sayur.
Sagol/Ѕenagol(Kata
Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama
iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis
masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan
ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang
dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari
atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan
kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal.
Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan
dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis
masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol
basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak
menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu,
iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati
ikan buntal.
Makanan yang
berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.
Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan
beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut
Makanan yang
berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng
tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Secara umumnya,
makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian
dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan
kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan
mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan
dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut
seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun
laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe
tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.
KESENIAN
Budaya
tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai,
Dalling – Dalling, Igal - Igal dan Runsai.
· Tarian Dalling-Dalling Βajau dan Іgal Іgal Вajau
Tarian ini
sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada
kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa
berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di
Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan
generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke
majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak
Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan
Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang
Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran
Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah
Sandakan dan Ѕemporna.
Perkataan
dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau)
'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini
adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian
daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau
dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian
(disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula
dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain
yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa
yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal
oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak
dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan
kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam
keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan
kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
· Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)
Tarian Limbai
merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai
biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke
rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan
dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.
Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke
rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai
di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang
pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang
pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini
mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang
dan mengucapkan selamat datang.
Selain tarian
Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai
selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini
memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita.
Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu
pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
· Kalang Mpatn
Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat
yang dimiliki suku kaum Bajau. Di Borneo, orang-orang Bajau boleh ditemui di
Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah, bermula dari daerah Kudat
sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian ialah di daerah Kota Belud yang
didominasi oleh suku kaum Bajau. Suku kaum Bajau di daerah ini masih lagi
mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh kalangan generasi
tua sahaja. Memandangkan kalang mpat semakin tidak menarik perhatian
generasi muda dan generasi tua yang mengetahui kalang mpat semakin
berkurangan, maka kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya yang
menarik. Kalang mpat dicipta dalam susunan kata-kata yang padat
mengikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan. Peraturan yang disusun
misalnya, dari segi suku kata dan rima pada penghujung yang sesuai adalah
berasaskan kepada keperluan pernyataan yang disampaikan secara lisan. Menerusi kalang,
pemantunnya dapat menyampaikan pengajaran, sindiran, rasa hati, perasaan
dan hiburan dengan cara yang berkesan. Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata
yang bersesuaian dan rima menarik boleh membawa pengertian mendalam kepada
pendengar. Keseimbangan rima dan rangkap selalu ditekankan dalam pembinaan kalang.
Dalam keadaan ini, pendengar dan pemantun dapat menilai dan membezakan
antara kalang baik dan sebaliknya. Pemilihan dan susunan kata-kata yang
memperlihatkan keseimbangan amat ditekankan kerana penciptaan sedemikian akan
melambangkan keharmonian pemikiran ahli-ahli masyarakat tersebut. Berdasarkan
contoh-contoh kalang yang diberikan, dapat diteliti rima akhir yang
berbeza antara satu kalang dengan kalang yang lain, iaitu
a-a-a-a; a-b-a-b.
Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan sebegini lazimnya
membawa pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana tempat kalang dinyanyikan.
Kebolehan menghasilkan kalang secara spontan serta dinyanyikan dengan
iringan muzik merupakan satu kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai
pendengarnya. Susunan struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional
lain menekankan keindahan susunan bunyi yang disampaikan secara lisan. Dalam
proses kreativiti (mencipta dan menghasilkan) kalang, penciptanya sering
melihat kepada latar belakang mereka sebagai petani. Pekerjaan ini telah
mengundang mereka untuk menyatukan unsur-unsur pengetahuan, pengalaman mereka
mengharungi hidup, suasana alam sekitar sebagai latar belakang kalang. Jika
diperhatikan dengan teliti, terpancar kandungan pemikiran yang tersirat di
sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Kalang yang disertakan berhasil
memperlihatkan nilai-nilai muafakat, kesabaran, rendah diri, persaudaraan,
keprihatinan, kerjasama dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli-ahli masyarakat
ini. Sesungguhnya, kalang-kalang tersebut memperlihatkan watak manusia
penciptanya. Di dalamnya, terkandung bentuk kegembiraan, kesedihan dan
nilai-nilai murni dalam diri manusia penciptanya. Selain itu, penciptanya juga
turut menyerlahkan keindahan jagat raya ke dalam kalang-kalang ini.
Keindahan tersebut waima berunsurkan flora atau fauna jelas tergambar dalam
setiap bait kalang itu. Keadaan ini membuktikan bahawa latar diri penciptanya
begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap inci alam
daripada kalang.
Pencipta kalang lazimnya amat peka dengan susunan
atau peredaran yang dapat diteliti dari keharmonian dan keseimbangan alam
sekitar. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan keindahan alam
ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar ini dapat
memberikan inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan perasaan anggota-anggota
masyarakat untuk dinyatakan pula dalam kehidupan harian mereka. Keindahan dan
kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu disampaikan
pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. Dengan menyampaikan kalang dalam
konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan kehalusan kalang itu
dapat dihayati bersama secara lebih mendalam dan bermakna. Melalui budaya
ekpresif itu, anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan, di samping
memberikan mereka hiburan.
Melalui kalang mpat, kita mampu mengesan beberapa
unsur yang terselindung di sebalik nyanyian ini. Unsur-unsur tersebut merupakan
antara teknik penciptaan dan penyampaian yang dilakukan oleh penyanyinya agar
setiap bait kalang itu dapat dinikmati keaslian dan keindahannya oleh
pendengar. Secara tidak langsung, tradisi berkalang dalam masyarakat
Bajau adalah gabungan antara teknik penyampaian dan proses interaksi
penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.
Langgan:
Catatan (Atom)